Saturday, November 27, 2010

Betulkan Niat


"حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه."
Maksudnya :
"Telah menceritakan kepada kami [Al-Humaidi Abdullah bin Az-Zubair] dia berkata, Telah menceritakan kepada kami [Sufyan] yang berkata, bahwa Telah menceritakan kepada kami [Yahya bin Sa'id Al-Anshari] berkata, telah memberitahu kepada kami [Muhammad bin Ibrahim At-Taimi], bahwa dia pernah mendengar [Alqamah bin Waqash Al-Laitsi] berkata; aku pernah mendengar [Umar bin Al Khaththab] diatas mimbar berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua perbuatan terletak pada niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (terletak) pada apa yang diniatkan; Barangsiapa yang niatnya berhijrah kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan"
(Riwayat Imam Bukhari. Soheh Bukhari. Kitab Bada al-Wahyu. Bab Permulaan Wahyu. Hadis No.1)
Dari hadis terbebut kita dapat tahu bahawa sesuatu perkara yang kita lakukan bergantung kepada tujuan utama ataupun niat. Kita mungkin akan dapat apa yang kita inginkan bergantung kepada usaha kita sendiri, tetapi sejauh mana perkara yang kita lakukan itu bertepatan dengan niat sebenar. Sekarang ini kita harus memperbetulkan niat kita samada niat dalam hidup, niat menuntut ilmu, niat bekerja dan sebagainya. Kita ambil satu contoh mengenai niat kita dalam menuntut ilmu, adakah kita menuntuk ilmu hanya untuk segulung sijil semata-mata? atau mendapat gaji yang lumayan?. Persoalan ini mungkin pernah timbul dibenak hati kita, adakah tujuan sebenar ilmu yang dituntut ini semata-mata untuk hidup senang dikemudian hari, patutlah sedikit gelisah hati ini apabila memikirkannya.
Ada yang mengatakan bahawa sebab ilmu tidak masuk ke dalam hati dan terus kekal di dalamnyai adalah kerana niat kita mencarinya tidak tepat dan selari dengan matlamat asalnya. Tujuan menuntut ilmu adalah :
i- Mencari keredhaan Allah s.w.t.
ii- Mencari hidayah Allah s.w.t.
iii- Mengetahui Hak dan Batil.
iv- Membersihkan hati.
v- Bekalan di Dunia & Akhirat.
Mencari redha dan hidayah Allah s.w.t adalah antara matlamat yang perlu dalam menuntut ilmu kerana ianya diiringi dengan rahmat dan ‘inayahnya. Orang yang menuntut ilmu ditugaskan untuk menentukan antara hak dan batil. Tujuannya adalah untuk menentang penyelewang puak pelampau, membetulkan penyandaran kepada perkara yang lain oleh ahli batil dan tafsiran yang sesat oleh ahli jahil.
Membersihkan hati kita dengan ilmu yang bermanfaat, jika kita mencari ilmu sepertimana kita mencari permata yang nilainya tidak dapat dinilai dengan mata, bahkan ianya akan menjadikan kita lebih tenang dalam menjalani kehidupan ini.
Pesanan ini khas untuk penulis dan rakan-rakan yang membaca diblog ini. Jika ada teguran dan tambahan, silakan, saya terima dengan hati yang lapang.
Syukran.




2 comments:

berkata..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...