Kalau ada mereka yang mengatakan bahawa diri mereka tidak mempunyai masa yang cukup, sememangnya mereka itu pembohong, tetapi oleh kerana manusia selalu lalai dan alpa, maka masa yang dipersiakan menjadi seperti abu yang bernilai apabila ianya dicantumkan. Ada cendikiawan yang mengatakan bahawa masa yang diperuntukan kepada kita iaitu 24 jam hendaklah dibahagikan kepada 3 bahagian :
i - 8 jam untuk beribadah.
ii - 8 jam untuk tidur/rehat.
iii - 8 jam untuk bekerja.
Gunakan ia dengan sebaik mungkin dan peruntukan ianya dengan tepat. Jikalau kita hendak menyesali apa yang telah berlalu, tiada makna lagi baginya. Penulis berpesan kepada diri dan sahabat, jagalah masa kerana seperti mana yang kita ketahui bahawa masa itu amat bernilai jika dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran"
(Surah Al-'Ashr 103 : 1-3)
Allah S.W.T telah kurniakan kita dengan segala yang lengkap untuk kita gunakan di atas dunia yang fana ini. Maka bersyukur dan terus mensyukuri apa yang telah dipinjamkan kepada kita. Allahu Akbar.
Masa, ibarat pedang yang mencantas, andai tidak berhati-hati, diri sendiri akan terluka, kerana masa tidak pernah menanti untuk kite...
ReplyDeletejagelah masa kite...
yes, i'm the first one!
Btoi tu, kena jaga elok2, paling berharga..
ReplyDeletesuka sgt first..apa la..