Thursday, December 29, 2011

Mengapa Umat Islam Sembah Kotak Hitam tu (Ka'bah)?

Bismillah..






Jika Islam menentang penyembahan berhala, mengapa umat Islam menyembah dan sujud kepada Ka'bah ?
Menanggapi pertanyaan, mungkin sebagian kita bingung. Namun, Dr. Zakir Naik—seorang ulama terkenal dari India yang dikenal cerdas dan ahli dalam ilmu perbandingan agama—menjawabnya dengan lugas, cerdas, dan ilmiah.

Berikut adalah jawaban beliau yang diambil dari buku "Mereka Bertanya, Islam Menjawab: Kumpulan Pertanyaan Mengganjal tentang Islam yang Sering Diajukan Orang Awam dan Non-Muslim"

"Ka'bah adalah kiblat, yaitu arah kaum muslimin menghadap dalam shalat mereka. Perlu dicatat bahwa walaupun kaum muslimin menghadap Ka'bah dalam salat, mereka tidak menyembah Ka'bah. Kaum muslimin hanya menyembah dan bersujud kepada Allah. Ketika mereka melakukan thawaf di Ka'bah atau mencium Hajar Aswad, itu semua dilakukan sebagai bentuk ketaatan kepada Allah. Allah-lah yang memerintahkan
mereka untuk menyembah-Nya dengan cara seperti itu. Disebutkan dalam




Monday, December 12, 2011

Solat Sunat Dhuha : Satu Perkongsian Pengalaman Penulis. Part II




Bismillah..

Alhamdulillah selesai akad nikah semalam ( 7hb oktober 2011) kini bermulanya hidup baru penulis sebagai seorang suami yang penuh dengan tanggunjawab yang berat yang sedang terpikul dibahu ini. Semoga Allah dapat permudahkan jalan buat penulis supaya dapat menanggung amanah yang diberikan.

Entry ini sepatutnya ditulis tiga hari selepas hari akad nikah berlansung dan terus di post, tapi oleh kerana disebabkan masa yang terlampau terhad maka ianya ditangguhkan dahulu.

Entry kali ini juga menceritakan tentang pengalaman penulis yang berkaitan dengan amalan solat dhuha. Peringatan sekali lagi buat pembaca bahawa penulisan entry ini bukanlah berniat untuk membangga diri dengan amalan yang dilakukan tetapi sebagai perkongsian dan pembakar semangat untuk kalian supaya melakukannya.

Kisahnya bermula pada hari sabtu iaitu sehari selepas majlis akad nikah dilangsungkan. Ketika itu penulis berada ditempat kerja (Laksa Telok Kechai) dan sedang




Tuesday, October 25, 2011

Link/Pautan untuk download Kad Jemputan

Sila klik dan download..
Jemput hadir ke majlis perkahwinan saya..
Hati-hati di Jalanraya..

http://www.4shared.com/file/vAQ5C4v6/kad_kawen_Firdaus__ct.html







Monday, October 24, 2011

Alhamdulillah Sekali Akad Sahaja..


Bismillah..

Menyarung Cincin


Debaran yang dinantikan terasa kencang di dalam dada ini ketika saat ingin diijabkabulkan tiba..

Tipulah kalau ada orang tu cakap "aku time akad nikah langsung tak gementar, gugup dan sebagainya".. Perkara tersebut wajib dirasai bagi mereka yang melalui proses ijab dan qabul tersebut..

Pengalaman penulis sendiri merasakan perkara tersebut..
Tanggal 7 oktober 2011, Jumaat, 0504 pm selepas selesai solat asar di Masjid Tunku Abdul Rahman Putera Kuala Kedah.. Waktu tersebut (selepas solat Asar, Hari Jumaat) dikatakan waktu yang baik untuk mengadakan majlis akad nikah.

Saat tersebut penulis diijabkabulkan.. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja.. Allah s.w.t. permudahkan urusan yang selalu dipohon kepadanya...

Suara penulis agak sedikit bergetar, tidaklah seperti Presentation Perhubungan Awam yang telah dilakukan pada semester sebelum cuti ni..

Setelah selesai melafazkan akad penerimaan, tangan ditadah, doa dipohon, ketika itulah air mata kesyukuran, terharu, sebak dan gembira berlinangan di kelopak mata penulis..nasib tak meleleh kot pipi.. kena cover  sikit la.. Biasa la laki kan.. Kalau yang perasaan tu nampak la..

Sudah selesai doa diaminkan terasa dada ini lapang. petang tersebut terasa lain, tidak seperti petang-petang yang dilalui penulis. Suasana terasa redup, panasnya tidaklah terik sangat.

Alhamdulillah.. setelah bertahun memohon doa kepada Allah s.w.t, akhirnya DIA memakbul doa yang dipohon hampir setiap hari selepas solat fardu yang dilaksanakan...

Kehadiran rakan-rakan tercinta yang datang untuk memberikan semangat juga amat dihargai, antaranya Fared Syauky (photographer) , Firdaous Bedin, Nawwar Nadhirah, Pak Nan, Muhammad Afif, Faris Zuhairi.

Saudara mara juga tidak ketinggalan untuk hadir ke majlis tersebut. Kelihatan kegembiraan terpancar diwajah mereka yang menerima ahli keluarga baru terutama Bonda tersayang yang menerima menantu sulong yang peramah.

Kad Kenduri via online akan dimuatnaik nanti, hanya tinggal untuk diedit.. Apa yang penting adalah Peta perjalanan ke rumah kenduri..

Penulis berharap pelawat yang melawat blog ini dan membaca entry ini mendoakan penulis dan isteri panjang umur, dimurahkan rezeki, kekal hingga ke akhir hayat serta diberkati oleh Allah s.w.t.

Disini penulis lampirkan sedikit rakaman gambar majlis tersebut.

Antara ahli keluarga yang hadir

Ayahanda tersayang sentiasa bersama

Isteri tercinta

Gembira, sebak, dan terharu

Ijab & Qabul

Waktu aku di Ijab Qabul


Sahabat Kuis yang hadir


Ahli keluar penulis bersama bapa mertua (jubah kelabu serban merah)

Bersama keluarga baru.

Pemotong Kelapa (photographer baju biru) dan sahabat terdekat.


Di sini saya sertakan link bagi mereka yang akan menghadiri majlis perkahwinan saya..


http://www.4shared.com/file/vAQ5C4v6/kad_kawen_Firdaus__ct.html







Sunday, September 4, 2011

Solat Sunat Dhuha : Satu Perkongsian Pengalaman Penulis.




Bismillahirrahmanirrahim.. 


Entry ini bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk mengenai amalan-amalan tertentu  yang dilakukan oleh penulis tetapi ia hanya sebagai perkongsian yang mungkin boleh diambil iktibar oleh para pembaca yang budiman sekalian.

Penulis harap pembaca yang menziarahi blog penulis wajib membaca sehingga habis kerana anda boleh menjiwai cerita yang dinukilkan ini.

Penulis mengamalkan bacaan zikir selawat al-Matsurat selepas solat subuh, bukanlah setiap pagi, tetapi kerap jugalah.. Begitu juga dengan solat dhuha, amalannya bukan kerap sangat tetapi konsisten.

Dalam hati ini juga terniat untuk melakukan amalan-amalan tersebut termasuk dalam amalan wajib bagi penulis, usaha terhadap perkara tersebut dalam proses.. InsyAllah jika niat kita baik Allah akan memudahkannya..

Kita pergi ke tujuan utama entry ini ditulis. Pengalaman yang masih diingat didalam kepala ini adalah pertamanya ditempat yang menjadi lokasi mastautin oleh penulis iaitu asrama kolej university yang terletak di Bangi.

Kisah satu:

Pada malam hari penulis jarang keluar




Friday, August 5, 2011

Sunnah Melewatkan Sahur



Bismillahirrahmanirrahim
BERSUHUR[1]
1. Hikmah difardukan suhur
Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan puasa ke atas kamu, sepertimana difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa ” [Al-Baqarah : 183]
Sesungguhnya telah difardukan ke atas muslimin ibadah puasa sepertimana difardukan ke atas ahli kitab dari segi hukum dan juga waktu ; jika seseorang itu tidur dan terjaga sebelum tibanya waktu subuh, dia tidak dibenarkan makan, minum serta mendatangi isteri hingga keesokan malam. Apabila perintah ini telah dinasakhkan, Rasulullah r telah memerintahkan kaum muslimin bersahur untuk membezakan antara puasa muslimin dan puasa ahli kitab.
Dari ‘Amru bin Al-’As, sesungguhnya Rasulullah r bersabda :
[ فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر ]
Maksudnya : ” Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli




Friday, July 22, 2011

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hari Jumaat adalah hari yang paling agung daripada hari-hari yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan dalam sebuah hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ِ

Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)

Meninggalkannya Melanggar Perintah Allah

Mereka yang ada keuzuran yang diberi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...