Saturday, December 11, 2010

Sedikit Keluhan Seorang Penimba Ilmu.



Di satu sudut bilik yang sunyi dari sebarang bunyi, tiada ketenangan yang menyelubungi, akan tetapi sebaliknya ada keresahan yang menyelimut diri yang penuh dengan masalah.
Dia berseorangan dibilik kesayangan. Teman-teman lain pergi memenuhi waktu hujung minggu yang amat ditunggu-tunggu.
“Aduh..banyaknya keja nak kena buat nih” hati kecilnya mengeluh.
Suasana yang tenang itu tidak dapat dirasai..
 
“kalau tak buat nanti lecturer kata apa pulak, memang la dia tak marah tapi dah diberi tugasan kena la buat”. Rasa tanggungjawabnya menguatkan semangat..
Lagu Segala Cinta dendangan Jamal Abdillah dimainkan.. Alunannya amat menusuk jiwa dan keadaan yang tenang itu menjadi seperti diwarnai oleh rentak lagu tersebut..
“malasnya nak buat, nak tidur pon tak rasa mengantuk”..berat rasa tangan untuk menaip.
Ingat kata-kata si F, “bro, kita kena pulun mengaji (belajar) jugak, memang la kawan-kawan kita ramai dah kerja, tapi kerja sekadar kerja, mampu untuk makan sendiri saja la, nanti bila dah berkeluarga mesti rasa sempit”, “betoi jugak, biaq la susah dulu, nanti dapat la manisnya” sahutnya.. Perkara tersebut berlegar-legar dibenak fikirannya.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar” kedengaran laungan azan dari masjid kolejnya.
“Dah masuk waktu Asar rupanya, tak sedar langsung masa berlalu” dengan segara muzik dihentikan untuk menghormati Azan. Segera ia ke bilik air yang tidak jauh dari biliknya untuk mengambil wudhu’..
Selepas selesai solat Asar.. “moga solatku diterima oleh Allah s.w.t.”
Kain sejadah terus dilipat..
“Petang-petang ni kalau study pon tak masuk, nak main bola pulak tak dak orang, budak-budak ni semua pakat balik rumah, hujung minggu macam ni la..” berbicaranya seorang diri.
Terus dicapainya Henset di atas meja dan kedua-dua ibu jarinya menaip.
“Assalamualaikum..Ada kat rumah tak?”
Teet teett..
“Waalikumussalam…ada ja..datang la..” balas sahabatnya.
Segera bersiap dan pergi ke rumah sahabatnya.. Keresahan yang dialami Kurang sedikit walaupun tidak sepenuhnya lenyap.
P/s : hilangkanlah keresahan dan kesunyian anda dengan cara sendiri..




1 comment:

  1. tahniah...tahniah... entry cerpen yg menarik utk kali pertama... hahaha...

    ReplyDelete

berkata..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...