Monday, February 21, 2011

Tujuan Politik Menurut Islam





Harap maaf kerana entry ini sedikit menyentuh bahagian Politik yang sensitif bagi sesetengah orang. Tapi ini adalah sedikit perkongsian serta penjelasan untuk maklumat kita bersama.



Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam. 

Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. 

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah (Pimpinan Islam), maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut. 

- Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam. 


-Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam 
  
-Melaksanakan proses





Sunday, February 20, 2011

Hajat Nak Bertunang.. Tapi Putus Hubungan.. Kenapa?





Petang nan mendung menemani kami..

Suasana sunyi asrama dapat dirasai kerana kepulangan mereka-mereka yang rumahnya hampir dengan kolej dan sekitar Negeri Selangor ini.

Hanya kami sahaja yang saling duduk bepandangan..

Air teh yang suam diteguk sedikit demi sedikit, terasa asyiknya dek hembusan bayu petang. “Hari minggu nak main bola pon xdak orang” kataku kepada amir.

“btol jugak tu.. ala lepak bilik je la.. rilek2 sudah..” balasnya.
Teh yang hampir sejuk tadi diteguk lagi.. kalau ada biskut kering ni baru kena “partner”nya..

“Aku tengok hang macam kucing mati anak ja pon.. awat anak hang jatuh longkang ka kucing jantan oii..” selorohku..
Amir membalas “ala xde bende lah..biase je..petang2 ni mengantuk skit..muka pun dah nak toya..”

“hang jangan duk bohong aku.. hang ingat aku xtaw ka amet”

“umm.. problem skit je.. xde hal la.. xpenting sgt pun pidot.. nanti settle lah tu..”

“awat wei.. putus cinta ka macam mana.. awek hang lari ka terbang??




Saturday, February 12, 2011

Hukum Sambut Valentine






Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.
Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.
HUKUM SAMBUT VALENTINE
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam




Wednesday, February 2, 2011

Hukum Azan 2 Kali Sebelum Solat Jumaat



Tersebut dalam kitab fikh mazhab syafie : Syeikh Sayid Bakri Syatha mengatakan "
Dan dua azan solat Jumaat dihubungkan dengan 2 azan untuk solat Subuh ertinya : dan sunat juga 2 azan bagi solat Jumaat
(I'anatut Tholibin Juz 1, Hal 232).

Dalil dari fatwa di atas ialah :

1. Dalam kitab Hadith Bukhari :

Dari Saib bin Yazid, beliau berkata :
adalah azan pada hari Jumaat mula-mulanya manakala Imam telah duduk di atas mimbar, begitu pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pada masa Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu ketika pada masa Saidina Uthman bin Affan RadiyaLlahu 'anhu dan manusia sudah banyak beliau menambah 'azan yang ketiga' di atas Zaura
(Hadith diriwayatkan oleh Bukhari - sahih Bukhari Juz 1, hal 116).

Hadith ini menyatakan :

1. Pada mulanya, iaitu pada zaman rasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan seterusnya pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar RadiyaLlahu anhuma iaitu sampai pada tahun 23 Hijrah. Azan solat Jumaat hanya sekali iaitu pada ketika Imam telah duduk



Tuesday, February 1, 2011

Berus Gigi Adakah Sama Dengan Siwak (Bersugi)?



Soalan

Adakah penggunaan berus gigi pada zaman sekarang menyamai fadhilat menggunakan siwak?Harap penjelasan daripada ustaz.

Jawapan

Terima kasih kepada yang bertanya.Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتكم بالسواك عند كل الصلاة

Maksudnya: Kalaulah tidak menjadi keberatan kepada ummatku, maka aku akan mewajibkan bagi mereka bersiwak setiap kali ingin menunaikan solat.

(hadis riwayat Bukhari no.847, Muslim no.252, Abu Daud 1/11, al-Baihaqi 1/35)

Berdasarkan hadis ini, penggunaan siwak adalah merupakan perkara sunnah. Ini kerana syarak sangat-sangat menekankan perkara ini. Siwak merupakan perkara yang dituntut di dalam semua keadaan. Lima keadaan yang sangat-sangat dituntut kepada seorang Muslim untuk bersiwak ialah :

1. Ketika ingin menunaikan solat

2. Ketika sedang berwudhuk

3. Ketika gigi berubah menjadi kekuningan

4. Ketika ingin membaca al-Quran (sebagai adab yang dituntut)

5. Ketika berubah bau mulut disebabkan bangun daripada tidur ,meninggalkan makan, terlalu lama berdiam diri,atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti petai, jering, bawang dan lain-lain yang berbau.

Waktu yang makruh




Pengenalan Laman Web Sheikh Muqbel (tokoh hadis)





ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...