Saban hari kita mengeluh dengan permasalahan global yang kian merunsingkan jiwa. Tidak terlepas juga masalah-malasah di tempat kita sendiri. Apa yang kita fikirkan adalah segala yang boleh memberi kesejahteraan dan kedamaian kepada kita. Itu semua adalah fitrah bagi setiap insan yang benar-benar beriman.
Sejauh mana keamanan yang kita inginkan itu tercapai dibawah kepimpinan yang dipilih sendiri tangan tangan kita. Tepuk dada tanya ??.. kalo tanya selera, mesti la selera itu nak ikut nafsu, tapi tepuklah dada dan tanyalah iman.
Kita tidak perlu pandang keamanan itu dari sudut tiada peperangan, tetapi pandanglah keamanan itu dari setiap sudut. Sebagai contoh, adakah aman sesebuah negeri/Negara jika tiada peperangan? Ya, sememangnya aman tapi
dari segi zahiriah pada kebiasaan. Tetapi apakah negeri/Negara tersebut aman jika terdapat banyak masalah sosial, ekonomi yang tidak terurus, hasil dalam negeri/Negara adakah halal?, masalah rasuah dan sebagainya.Segelintir rakyat mungkin “buta” dengan segala perkara tersebut kerana “mata”nya telah tertutup samada dia yang menutupnya atau ianya telah ditutup oleh sesuatu/seseorang?
Antara ciri-ciri pemimpin yang digariskan oleh Islam :
1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam;
2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, ekoran betapa pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam;
3. Ilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4. Melaksanakan hukum Allah.
5. Tidak berlaku zalim.
Segala kreteria itu wajib ada kerana ianya akan digunakan untuk memerintah rakyat yang di bawah mereka seterusnya menghasilkan sebuah negari/Negara yang aman damai dan berkat.
Sekarang ini ramai yang inginkan pangkat, darjat, dan kedudukan apatah lagi untuk menjadi pemimpin. Jika dilihat kepada mereka yang benar-benar faham tentang Kepimpinan dalam Islam, mereka ini tidak mahu menerima jawatan mahupun pangkat tersebut bahkan mereka menolaknya, ini bukan kerana sifat rendah diri yang tebal didalam diri ataupun merasa tidak layak, tetapi sebab utamanya adalah mereka takutkan Allah s.w.t.
Takut yang macam mana? Cuba kita lihat petikan hadis berikut :
حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ فَالْإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَهِيَ مَسْئُولَةٌ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ.
Maksudnya :
Telah menceritakan kepada kami [Abu Nu'man] Telah menceritakan kepada kami [Hammad bin Zaid] dari [Ayyub] dari [Nafi'] dari [Abdullah] ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalain akan dipertanggungjawabkan. Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya dan ia akan dipertanggungjawabkan. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya, dan ia pun akan dipertanggungjawabkan. Dan seorang budak juga pemimpin atas atas harta tuannya dan ia juga akan dipertanggungjawabkan. Sungguh setiap kalain adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan."
Diriwayatkan oleh : Imam Bukhari dalam Kitab Sohehnya. Kitab An-Nikah. Bab Firman Allah S.w.t “Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”. No. Hadith 4789.
Perkara yang berkaitan dengan perbincangan ini adalah tentang perkataan “dipertanggungjawabkan” itu. Bagaimana kita memikirkan tentang perkataan tersebut pada benak akal fikiran kita?..
Ini bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Kita lihat contoh yang kecil pada kasarnya iaitu keadaan dalam memimpin keluarga. Bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam kata lain dia adalah ketua keluarga. Ini bermakna segala benda yang berlaku akan dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan kelak. Siapa yang akan persoalkan perkara tersebut?
Firman Allah s.w.t. :
tÇÏÎÈالْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya:
“Pada hari Ini (ketika dihisab) kami (Allah s.w.t) tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.
(Surah Yasiin 36 : 65)
Jelas disini bahawa setiap apa yang kita lakukan di Dunia ini akan dipersoalkan walaupun perkara itu kecil dan kita menggapnya tidak menjadi masalah dan tidak memberikan kesan kepada kita.
Sebagai contoh dalam kehidupan seharian kita, makan dan minum, adakah ia dari sumber yang halal?.. Wang hasil dari usaha kita.. adakah ia juga dari sumber yang halal? Dalam soal memilih pemimpin.. Adakah kita memilih pemimpin yang betul dan mengikut landasan Islam??
Jika mengambil jangan selamat(kononnya) untuk tidak memilih mana-mana pemimpin.. “Ah, biar la yang mana jadi pemimpin pun, yang penting Negara kita aman dan kita tak kebulur”. Selamatkah mereka yang bersikap sebegini??
Kamu juga akan dipersoalkan!! Kenapa tidak memilih pemimpin sedangkan kamu ada hak dan dikurniakan akal yang baik kepada kamu untuk berfikir dan membezakan yang mana benar dan yang tidak benar. Apa guna tangan kamu?? Untuk beribadah/berbuat baik semata-mata? Kita tidak dihalang untuk beribadah, tetapi dimana letaknya ia jika diperlukan dalam sudut yang lain?..
Akal yang waras boleh berfikir dengan baik dan tepat jika ianya diliputi dengan Iman dan Ilmu .
Pemimpin ada tanggungjawab dan yang dipimpin juga ada tanggungjawab, maka laksanakanlah ia, jika tidak, kamu akan dipersoalkan
p/s: Rugilah mereka yang ada kuasa, tetapi tidak digunakan kuasa tersebut dengan sebaiknya.
Hidup mulia atau mati syahid.
ReplyDeletesmart pidot,
teruskan artikel sebegini
Road to PRU 13
Syukran Syahid..
ReplyDeleteAku sambil-sambil duk cari bahan nak tulis lagi..
kalo ada kesempatan la..
kita sama-sama doakan untuk kemenangan bersama