Thursday, May 26, 2011

Cuti Semester : Jadi Jurulatih Bola Sepak untuk Pasti al-Firdaus

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum pi keja kat kedai laksa aku jadi Coach untuk bebudak pasti al-Firdaus..Nama pasti tu kan nak sama dengan nama aku kan2..ya la dah tuan pasti tu mak aku..so dia letak la nama aku kat situ..hehehe..

Kul 8 dah kena pi bawa bebudak ni pi padang..nak training bola..rasanya 3 minggu kot aku latih depa ni..tapi ada la cuti ari selasa..kesian jugak kat bebudak ni..


Latihan sekejap sahaja.. 1jam lebih...
Ni ada skit gambar..sori kamera henset ja..

Ni gambar time bebudak ni tengah rehat..budak 6tahun sesi pagi..rehat kul 10.. Ustazah tu la mak aku..
Ustazah Nor Hashimah


macam-macam telatah...



Aku suruh wat senaman regangan..ikut cam aku wat..masing-masing wat xtaw ja.. ya la aku berlembut sgt dengan depa ni.. naik lemak la..


Kadang-kadang tu aku yang
marah ni bleh gelak lak sbb lawak dengan perangai depa ni yang xdengaq cakap..


Ni penyerang no.2..bukan main pakai baju malaysia..nak ganti safee sali la..








Kalo nak bergambar cepat ja..



Ni latihan ketika hari xhujan..kalau hari hujan belemoih(kotor) abis budak2 nih.. kena bawa baju salin sebb lepas latihan kena masuk pasti balik sampai kul 12.00



Letih..lapaq ayaq.. baru abis latihan..
Pandai lak budak-budak ni set nak pakai baju warna sama.. peminat liverpool dan M.U..
Tibalah hari yang dinanti-nantikan..
Bip Kuning yang budak-budak ni pakai mak aku jahit sendiri..jimat kos..
Sebenarnya perlawanan bola sepak.. Oleh kerana sebab tertentu yang xdapat dielakkan..di buatnya dekat gelanggang futsal...


Futsal pon ok..lagi mudah..xpayah nak kejar bola jauh2... 


Ada jugak team yang pakai baju bola..satu-satunya team yang wat camtu..

Ni adalah perlawanan yang akan menentukan siapa akan layak  ke final..
Terharu gak..aku sampai menitik air mata keharuan..huhu malu2..


macam mana budak2 ni leh main sampai final..
Team yang depa(diorang) lawan ni(jersi hijau) tu selalu
datang berlatih dengan kami kat padang bola
tapi bila lawan kat sini tetiba leh menang..4-1 lak tu..
selalu depa yang hentam kami..nasib2..


Bergambar sebelum perlawanan Final


Serabut sangat..hahaha

Taman bersatu..nama kawasan pasti kami..menentang pasti taman pelangi.


Top Striker nama dia Adam..mula2 training aku bagi men goal keeper..
Lepas tu tukar men penyerang..bapak hebat...
kekal sebagai penyerang..




Taman pelangi (kuning) VS. Taman Bersatu (oren)
kami kena buang Bip sebab sama dengan warna baju depa..


Dapat jugak hadiah..tempat kedua.. Medal perak..
Time ni dah kul 2..aku dah ada kat tempat kerja..terpaksa balik awai..
Nanti lewat p keja pulak.. sedih xsempat bergambar dengan juara-juara ini..
Mereka diringi Ustazah Nor Hashimah (sesi pagi) dan Ustazah Ramlah (sesi Petang)

Keadaan budak-budak ni kat dalam pasti

Pemimpin Masa Hadapan...





1 comment:

  1. haha. PASTI al-Firdaus kat mane? anis dulu pon pena jadi cikgu pasti smentara tggu result SPM. pernah gak jadi jurulatih bola jaring kt pasti. hehe. :)

    ReplyDelete

berkata..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...