Saturday, January 1, 2011

Memilih, Cerewet atau ??




Zaman yang moden ini memaksa kita membuat pilihan yang tepat dan terbaik dari segala aspek yang ada. kalau nak pergi kedai makan pon kena pilih yang elok, silap-silap boleh kena penyakit taun.

Kalau nak pilih pasangan hidup yang akan bersama kita pun mesti betul. Sekarang kalau nak kahwin pon, tak ada RM15, 000 jangan nak berangan la.. dengan kos katering, make-up, jurugambar, sewa baju raja sehari dan macam-macam lagi. RM15, 000 pun belum tentu cukup.

Al-kisah seorang perempuan yang didatangi keluarga lelaki yang ingin meminangnya.
saya namakan dia gadis a..

"Anak encik kerja apa" tanya si bapa gadis tersebut.
"anak saya kerja
 driver ja.." jawab bapa si teruna..

Dengan pantas bapa si gadis mengatakan "oo..driver ja...lain kali lah datang, anak saya lulusan diploma..jadi kalau boleh nak cari yang sekufu la"..

Bapa si teruna pun menjawab "kalau dah macam tu, tak mengapalah".(akur sajalah)

Gadis a dari jauh mendengar perbualan ayahandanya dan berkata di dalam hati "Driver?? nak makan apa nanti, takkan nak harap duit yang aku kerja pula nanti"..nasib bapa kata tak jadi"

Maka pulanglah keluarga si teruna ke rumah mereka..


Pada keesokan hari pula..
keluarga si teruna ke rumah jiran sebelah rumah gadis a yang mereka pergi semalam..nak pi tengok anak orang lain pulak la..dah orang sebelah tu semalam menolak..

soalan yang biasa ditanya kepada bapa si teruna..
"Anak encik kerja apa" tanya si bapa gadis tersebut.
"anak saya kerja driver ja.." balas bapa si teruna..


"oo driver ja..tak mengapalah.. yang penting sumbernya halal, kalau nak dibandingkan kerja gaji beribu yang hasilnya tidak boleh diyakini..."

dan soalan-soalan lain yang berkaitan..

"kalau macam tu, kira jadi (setuju) la ni" bapa si teruna berkata sambil tersenyum.
"nampaknya macam tu la" kata bapa si gadis..

Maka perkahwinan pun berlangsung sebulan selepas itu..

2 minggu selepas itu..
gadis yang bekelulusan diploma (a) menyidai pakaian dan sambil bertanya kepada gadis b yang ketika itu menyapu halaman rumah..
"suami awak driver je? cukup ka nak makan nanti?"
"insyAllah cukup" jawabnya dengan tenang.

Gadis a bertanya lagi "eh..mana suami awak? tak nampak pun, banyak trip ke tempat-tempat jauh ka?
"ya..dah 5 hari dia kerja, esok mungkin balik.."

"Dia bawa kederaan apa?" bertanya lagi si gadis a..

"nak jawab ka tak? segan(malu) la nak bagi taw, nak dirahsiakan sahaja benda ni"bisik si gadis b di dalam hatinya.

"kenapa diam?" sapa gadis a..

"suami saya tu sebenarnya kerja driver kapal terbang"

Terus tergamam gadis a tadi..
matanya tidak berkelip...
jantungnya seolah-olah terhenti..
keadaan yang berangin tidak dirasainya..
sunyi tanpa lintasan...

si b terpinga-pinga kehairanan..

kemudian si a dengan perlahan masuk kedalam rumah dengan sebak dan berlinangan air mata di pipinya.
"kenapa aku tak pilih lelaki itu?" persoalan itu muncul dalam fikirannya.
"kalau aku tahu la..aku terus setuju sahaja, ni semua salah ayah" hatinya yang luluh itu berbisik.


*Itu la..lain kali soal selidik,benda yang nak ditanya tu bagi la jelas semuanya..jangan terlalu terburu..
Nak cari yang sekufu memang tak salah kerana itu juga digariskan oleh Islam..tetapi biarlah berpada-pada..



Nukilan dari cerita Ustazah Wan Ramizah Bt. Hassan..(mentor)

Terdapat sedikit penambahan perisa sebagai menjadi halwa telinga...

pidot : Tahana buah kana pakej skali dengan ayaq mata..





2 comments:

  1. waah~ keep it up pidot..
    mngaplikasikan apa yg mentor citer..

    kalau aku jadi llaki pon..
    kalau stakat diploma nk demand..mmg x kawen ler..ecehh~

    p/s: slamat berblog.. =0

    ReplyDelete
  2. Thx bobos..

    hang pon bersependapat dengan aku ka???
    leh caya ka nih??
    hahahha..

    ReplyDelete

berkata..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...