Monday, December 12, 2011

Solat Sunat Dhuha : Satu Perkongsian Pengalaman Penulis. Part II




Bismillah..

Alhamdulillah selesai akad nikah semalam ( 7hb oktober 2011) kini bermulanya hidup baru penulis sebagai seorang suami yang penuh dengan tanggunjawab yang berat yang sedang terpikul dibahu ini. Semoga Allah dapat permudahkan jalan buat penulis supaya dapat menanggung amanah yang diberikan.

Entry ini sepatutnya ditulis tiga hari selepas hari akad nikah berlansung dan terus di post, tapi oleh kerana disebabkan masa yang terlampau terhad maka ianya ditangguhkan dahulu.

Entry kali ini juga menceritakan tentang pengalaman penulis yang berkaitan dengan amalan solat dhuha. Peringatan sekali lagi buat pembaca bahawa penulisan entry ini bukanlah berniat untuk membangga diri dengan amalan yang dilakukan tetapi sebagai perkongsian dan pembakar semangat untuk kalian supaya melakukannya.

Kisahnya bermula pada hari sabtu iaitu sehari selepas majlis akad nikah dilangsungkan. Ketika itu penulis berada ditempat kerja (Laksa Telok Kechai) dan sedang sibuk mengikat kuah laksa untuk bungkusan kilo, maklum sajalah pada hari sabtu ramai pelanggan yang datang untuk membeli laksa. Lebih kurang pukul 5.15ptg telefon bimbit penulis berdering oleh kerana panggilan yang dibuat oleh nenek penulis.

“Assalamualaikum along (penulis)”
“Waalaikummussalam tok” balas penulis.

“tengah buat apa tu” tanya nenek.
“tengah kerja ni, orang ramai tok, hari sabtu memang macam ni, ada apa?”

“tok nak pi rumah satgi (kejap lagi), ada benda nak bincang sikit” balas nenek.
“ya ka, along segan la nak tinggal keja ni, orang keja tak cukup, kesian kat depa (diorang) ni” penulis menjawab.

“tak pa, balik sat, tok nak jumpa ni, habaq (bagi tau) kat tauke nak balik sat” kata nenek.
“ok lah” balas penulis dengan pasrah.

Dalam hati penulis “kalau jumpa malam ni kan senang, boleh sembang lama sikit, segan la nak tinggal keja ni, tapi tak pa lah, sat ja (sekejap) kot”.

Dengan hati yang hairan, penulis pulang ke rumah dengan keadaan yang hujan agak renyai.
Ketika dalam perjalanan yang sudah hampir sampai ke rumah penulis, penulis ternampak kereta yang dinaiki oleh nenek dan bapa saudara serta keluarganya berhenti dan kelihatan bapa saudara penulis sedang berbual melalui telefon.

Penulis pun pergi bertanyakan kepada nenek, “awat (kenapa) tak pi rumah along terus”, nenek membalas “tunggu kawan pak da (bapa saudara penulis) sat (sekejap), dia tak tau jalan nak mai rumah along, along pi la tunggu kat rumah dulu.”

Sampai dirumah dan duduk menunggu mereka sampai dalam keadaan yang sedikit basah kerana ditimpa hujan yang sedang-sedang nak lebat. Tidak lama kemudian mereka pun sampai dan masuk ke dalam.
Kopi Radix dan kuih telah tersedia untuk santapan petang itu.. “mana kawan pak da?”.. tanya penulis kepada bapa saudaranya.

“tu dia naik van sampai dah.”jawab pakda..

Dalam hati penulis “kenapa van ni menghalakan bahagian belakangnya ke dalam halaman rumah aku?”..
Apabila pintu belakang dibuka, dengan hairan penulis melihat sebuah almari, katil serta tilam yang masih lagi di dalam plastik.

“sapa yang tempah ni tok?” tanya penulis dengan perasaan pelik..
“ada la.. beli kat cucu tok la..sapa lagi kalau bukan along” jawab nenek.

Dengan perasaan yang terkejut, sebak dan tidak dapat digambarkan perasaan tersebut bagaimana penulis terkedu mendengar jawapan neneknya.

Dalam hati penulis : Syukur dan pujian terhadap Allah s.w.t kerana rezeki yang sememangnya tidak disangka-sangka datang dengan sempurna.

“Berapa harga semua ni tok? Duit sapat? Tanya penulis.
“Along ambil lah, rezeki along, duit semua ni tok pakat dengan mak lang dan Pak da. Ada la skit-skit” jawab nenek.

Penulis masih tidak berpuas hati kerana ingin tahu kos sebenar semua barangan tersebut, lalu ditanyakan kepada mak lang secara senyap2.. kata mak lang “semua tu dekat seribu jugak la, kalau tambah cadar ckup seribu la.”

“Banyak tu mak lang, kenapa tak simpan ja duit guna untuk anak mak lang.”tanya penulis.
“tak pa la along, rezeki along, along pon anak mak lang gak, anak menakan (anak saudara) mak lang, kan.” Jawab mak lang.

Adakah semua ini rezeki berkahwin? Rezeki dari amalan sunat dhuha yang dilakukan? WAllhu a’lam.. yang penting smuanya ini adalah rezeki dari tuhan yang maha pemurah lagi maha pemberi rezeki.

Perkara yang lebih penting adalah kita sebagai hambanya seharusnya memohon dan berdoa supaya dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan serta istiqamah dalam melakukan amalan yang boleh “menarik rezeki” kerana Allah s.w.t akan mengurniakan apa yang Dia rasakan patut kepada hambanya itu.

Ada lagi satu perkara yang juga penting iaitu kita jangan patah semangat dalam melakukan ibadat yang sunat atau pun berdoa kepadanya. Jangan kita kata “aku dah banyak kali doa, tapi Allah tak pernah makbulkan”..

Cuba kita fikir semula apakah kita melakukan perkara yang boleh menghalang doa dari termakbul?
Cuba kita berbaik sangka kepada Allah.. Mungkin Dia tak kurniakan permintaan kita hari ini, mungkin esok, mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan dengan kurniaan yang lebih hebat, Siapa tahu?? Ada hikmah di sebalik perkara tersebut.

Penulis ingin berpesan kepada diri sendiri dan para pelawat supaya terus menerus melakukan amalan sunat dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.

P/s :Mohon komen/kritik dan seumpamanya jika ada kesilapan atau perkara yang kurang enak dibaca dalam entry ini. Syukran kerana membaca.

Kaifiyyat Solat Dhuha :
1)      Niat : أُصَلِّيْ سُنَّةَ الضُّحى رَكْعَتَيْنِ أداءً للهِ تَعَالى
2)      Rakaat pertama baca al-Fatihah & Surah ad-Dhuha atau surah yang anda tahu.
3)      Rakaat kedua baca surah al-Ikhlas.
4)      Bacaan dalam sujud terakhir.
وَهَبْ لَنَا يَا وَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمًا، وَارْزُقْنَا يَا رَزَّاقَ كُنْ لَنَا مُسَهَّلاً 21 x
Lepas tu niat apa yang dihajati.







0 Pandangan & Kritikan:

Post a Comment

berkata..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...