Bismillah..
Menyarung Cincin |
Debaran yang dinantikan terasa kencang di dalam dada ini ketika saat ingin diijabkabulkan tiba..
Tipulah kalau ada orang tu cakap "aku time akad nikah langsung tak gementar, gugup dan sebagainya".. Perkara tersebut wajib dirasai bagi mereka yang melalui proses ijab dan qabul tersebut..
Pengalaman penulis sendiri merasakan perkara tersebut..
Saat tersebut penulis diijabkabulkan.. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja.. Allah s.w.t. permudahkan urusan yang selalu dipohon kepadanya...
Suara penulis agak sedikit bergetar, tidaklah seperti Presentation Perhubungan Awam yang telah dilakukan pada semester sebelum cuti ni..
Setelah selesai melafazkan akad penerimaan, tangan ditadah, doa dipohon, ketika itulah air mata kesyukuran, terharu, sebak dan gembira berlinangan di kelopak mata penulis..nasib tak meleleh kot pipi.. kena cover sikit la.. Biasa la laki kan.. Kalau yang perasaan tu nampak la..
Sudah selesai doa diaminkan terasa dada ini lapang. petang tersebut terasa lain, tidak seperti petang-petang yang dilalui penulis. Suasana terasa redup, panasnya tidaklah terik sangat.
Alhamdulillah.. setelah bertahun memohon doa kepada Allah s.w.t, akhirnya DIA memakbul doa yang dipohon hampir setiap hari selepas solat fardu yang dilaksanakan...
Kehadiran rakan-rakan tercinta yang datang untuk memberikan semangat juga amat dihargai, antaranya Fared Syauky (photographer) , Firdaous Bedin, Nawwar Nadhirah, Pak Nan, Muhammad Afif, Faris Zuhairi.
Saudara mara juga tidak ketinggalan untuk hadir ke majlis tersebut. Kelihatan kegembiraan terpancar diwajah mereka yang menerima ahli keluarga baru terutama Bonda tersayang yang menerima menantu sulong yang peramah.
Kad Kenduri via online akan dimuatnaik nanti, hanya tinggal untuk diedit.. Apa yang penting adalah Peta perjalanan ke rumah kenduri..
Penulis berharap pelawat yang melawat blog ini dan membaca entry ini mendoakan penulis dan isteri panjang umur, dimurahkan rezeki, kekal hingga ke akhir hayat serta diberkati oleh Allah s.w.t.
Disini penulis lampirkan sedikit rakaman gambar majlis tersebut.
Antara ahli keluarga yang hadir |
Ayahanda tersayang sentiasa bersama |
Isteri tercinta |
Gembira, sebak, dan terharu |
Ijab & Qabul |
Waktu aku di Ijab Qabul |
Sahabat Kuis yang hadir |
Ahli keluar penulis bersama bapa mertua (jubah kelabu serban merah) |
Bersama keluarga baru. |
Pemotong Kelapa (photographer baju biru) dan sahabat terdekat. |
Di sini saya sertakan link bagi mereka yang akan menghadiri majlis perkahwinan saya..
http://www.4shared.com/file/vAQ5C4v6/kad_kawen_Firdaus__ct.html
eh...ade nawar lah kat situu~
ReplyDeleteonce again..tahniah pidot.
jauhla...cmne nak bagi hadiah ni..
ececehhh~
pssst..update blog guna bahasa mcm nak buat thesis.hewhewhew