Bismillah..
 |
Menyarung Cincin |
Debaran yang dinantikan terasa kencang di dalam dada ini ketika saat ingin diijabkabulkan tiba..
Tipulah kalau ada orang tu cakap "aku time akad nikah langsung tak gementar, gugup dan sebagainya".. Perkara tersebut wajib dirasai bagi mereka yang melalui proses ijab dan qabul tersebut..
Pengalaman penulis sendiri merasakan perkara tersebut..
Tanggal 7 oktober 2011, Jumaat, 0504 pm selepas selesai solat asar di Masjid Tunku Abdul Rahman Putera Kuala Kedah.. Waktu tersebut (selepas solat Asar, Hari Jumaat) dikatakan waktu yang baik untuk mengadakan majlis akad nikah.
Saat tersebut penulis diijabkabulkan.. Alhamdulillah sekali lafaz sahaja.. Allah s.w.t. permudahkan urusan yang selalu dipohon kepadanya...
Suara penulis agak sedikit bergetar, tidaklah seperti
Presentation Perhubungan Awam yang telah dilakukan pada semester sebelum cuti ni..
Setelah selesai melafazkan akad penerimaan, tangan ditadah, doa dipohon, ketika itulah air mata kesyukuran, terharu, sebak dan gembira berlinangan di kelopak mata penulis..nasib tak meleleh kot pipi.. kena
cover sikit la.. Biasa la laki kan.. Kalau yang perasaan tu nampak la..
Sudah selesai doa diaminkan terasa dada ini lapang. petang tersebut terasa lain, tidak seperti petang-petang yang dilalui penulis. Suasana terasa redup, panasnya tidaklah terik sangat.
Alhamdulillah.. setelah bertahun memohon doa kepada Allah s.w.t, akhirnya DIA memakbul doa yang dipohon hampir setiap hari selepas solat fardu yang dilaksanakan...
Kehadiran rakan-rakan tercinta yang datang untuk memberikan semangat juga amat dihargai, antaranya
Fared Syauky (photographer) ,
Firdaous Bedin,
Nawwar Nadhirah,
Pak Nan,
Muhammad Afif,
Faris Zuhairi.
Saudara mara juga tidak ketinggalan untuk hadir ke majlis tersebut. Kelihatan kegembiraan terpancar diwajah mereka yang menerima ahli keluarga baru terutama Bonda tersayang yang menerima menantu sulong yang peramah.
Kad Kenduri via online akan dimuatnaik nanti, hanya tinggal untuk di
edit.. Apa yang penting adalah Peta perjalanan ke rumah kenduri..
Penulis berharap pelawat yang melawat blog ini dan membaca entry ini mendoakan penulis dan
isteri panjang umur, dimurahkan rezeki, kekal hingga ke akhir hayat serta diberkati oleh Allah s.w.t.
Disini penulis lampirkan sedikit rakaman gambar majlis tersebut.
 |
Antara ahli keluarga yang hadir |
 |
Ayahanda tersayang sentiasa bersama |
 |
Isteri tercinta |
 |
Gembira, sebak, dan terharu |
 |
Ijab & Qabul |
 |
Waktu aku di Ijab Qabul |
 |
Sahabat Kuis yang hadir |
 |
Ahli keluar penulis bersama bapa mertua (jubah kelabu serban merah) |
 |
Bersama keluarga baru. |
 |
Pemotong Kelapa (photographer baju biru) dan sahabat terdekat. |
Di sini saya sertakan link bagi mereka yang akan menghadiri majlis perkahwinan saya..
http://www.4shared.com/file/vAQ5C4v6/kad_kawen_Firdaus__ct.html